Syukur hasrat untuk menukar bangunan kayu ke bangunan pengajian yang lebih selamat dipermudahkan.
Kini, pembangunan Pusat Tahfiz Tahfiz Misbahul Munir sudah di tahap pembinaan fasa akhir bangunan surau, bangunan belajar , kantin dll.
moga Allah swt ganjarkan pahala tidak putus buat anda kerana bantu para Tahfiz
sumbangan anda akan bantu lahirkan ramai Tahfiz pada tahun ini serta tahun-tahun akan datang
Hati orang yang beri sumbangan dan hadiah, moga Allah swt berikan ketenangan dan gembira dalam hidup di dunia akhirat.
sesungguhnya tidak jatuh miskin orang yang bersedekah bahkan Allah swt tambahkan lagi hartanya.
Lafazkan akad yang jelas dan patuh syariah selepas mengisi borang penyertaan
dengan ini membeli sebahagian tanah di atas lot 3050 Mukim Teloi Kanan, Baling, Kedah dengan harga RM 25.00 (1 kaki persegi) untuk diwakafkan kepada maslahat pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Munir daripada jumlah luas tanah yang hendak dijual ialah 0.7354 hektar.
Anda akan terima sijil wakaq pembelian lot untuk setiap lot persegi yang anda wakafkan.
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”
(Surah al-Hadid: 18)
Tahfiz Misbahul Munir salah satu pusat pengajian Islam secara formal yang ditubuhkan dan beroperasi sejak 2015 terletak di Kg. Sungai Tembak (B), Parit Panjang, 09200 Kupang, Kedah Darul Aman.
Tercetusnya idea bagi menubuhkan Pusat Tahfiz Misbahul Munir ini bermula apabila hadirnya sebuah rumah kayu 2 tingkat yang di wasiatkan. Demi kelangsungan pahala akhirat, rumah kayu ini telah diubah menjadi pusat pengajian al – Quran.