QurbanAid 2025: Ibadah Qurban Anda, Amanah Kami

Pengorbanan Anda, Harapan Mereka

Setiap tahun, jutaan saudara seakidah kita masih hidup dalam serba kekurangan.

Dengan hanya RM 300, anda berpeluang menghulurkan rezeki kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Inilah peluang untuk menyempurnakan ibadah dan membawa senyuman kepada mereka yang kelaparan.​

Jangan lepaskan peluang! Tempah bahagian qurban anda hari ini dan bantu lebih ramai saudara kita yang memerlukan. ​

Jemputan Ibadah Qurban Khas Untuk Anda

Sama ada ini kali pertama anda ingin menunaikan ibadah Qurban, atau anda pernah melaksanakannya sebelum ini tapi ingin pengalaman yang lebih tersusun dan diyakini. Kami ingin menjemput anda.

Kami di QurbanAid bantu Qurban tahun 2025 ini dan pengurusan yang telus supaya anda dapat melaksanakan Qurban dengan tenang, mudah dan penuh keberkatan.

Dah Lama Berniat Nak Tunaikan Ibadah Qurban Tapi Masih Tertangguh?

Masih tercari-cari saluran yang mudah, diyakini dan mampu menyampaikan daging Qurban kepada mereka yang benar-benar memerlukan?

Play Video

Bagaimana nak pastikan Qurban kita benar-benar sampai kepada yang memerlukan, dan dilakukan mengikut syariat?

Setiap individu yang ingin berQurban mempunyai latar belakang dan keutamaan yang berbeza. Ada yang ingin bantu saudara seagama di luar negara, ada juga yang mahu Qurban dilakukan dalam negara untuk keluarga dan komuniti.

Sebab itu penting untuk pilih platform Qurban yang memahami keperluan anda, serta mampu sampaikan amanah dengan cara yang telus dan teratur.

Siapa Yang Patut Sertai Ibadah Qurban Ini?

Individu yang belum pernah berQurban
Ini masa terbaik untuk mula melaksanakan sunnah yang mulia ini.

Ibu bapa yang ingin ajar anak tentang erti pengorbanan
Tunjukkan contoh terbaik melalui tindakan.

Usahawan dan pekerja yang ada rezeki lebih
Peluang untuk bersyukur dan berkongsi nikmat dengan mereka yang memerlukan.

Waris yang ingin buat Qurban atas nama ibu bapa/ahli keluarga 
Pahala berterusan untuk insan tersayang.

Mereka yang ingin bantu saudara Islam di negara miskin 
Qurban anda mampu beri senyuman kepada yang tidak pernah rasa daging.

Individu yang ingin buat Qurban secara mudah & telus 
Tak perlu risau tentang pengurusan, semuanya kami uruskan untuk anda.

Kenapa Dianjurkan QURBAN?

Qurban bukan sekadar penyembelihan haiwan, tetapi satu bentuk ibadah yang menunjukkan ketaatan, keikhlasan dan rasa syukur seorang hamba kepada Allah. 

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).”

(Surah Al-Kawthar: 2)

Ia juga menjadi jalan untuk kita berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya di kawasan yang jarang merasa daging sepanjang tahun. Selain itu, Qurban menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim A.S yang sanggup berkorban demi perintah Allah. 

Melalui Qurban, kita bukan sahaja membantu insan lain, tetapi turut mensucikan jiwa dan memperkuatkan hubungan kita dengan Sang Pencipta.

Apa kata  merekaYang Telah Menyertai Ibadah Qurban Bersama QurbanAid?

Kali Pertama Sertai

“Pertama kali saya sertai Qurban secara online dan Alhamdulillah sangat mudah dan lancar. Saya siap terima gambar dan laporan penuh “

Qurban Untuk Arwah

“Saya buat Qurban atas nama arwah ibu. QurbanAid uruskan semuanya dengan baik. Rasa tenang hati bila dapat lihat bukti agihan sampai ke penerima.”

Harga Berpatutan

“Harga sangat berpatutan dan layanan pun mesra. Saya syorkan QurbanAid kepada sesiapa yang nak Qurban tapi tak sempat urus sendiri.”

Sebak Lihat Penerima

“Saya pilih Qurban luar negara. Bila tengok wajah penerima yang senyum dapat daging, saya pun sebak. Terima kasih QurbanAid!”

4 Jenis Audience Yang Boleh Anda Pilih Mengikut Sunnah & Kemampuan

Harga Bermula

RM 300

  • 🥩 1 Bahagian RM 300
  • 🥩 1 Ekor RM 2100
  • Negara Terpilih

    Bangladesh, Siera Leone, Guniea Chonakri, Afghanistan, Kemboja

Harga Bermula

RM599

  • 🥩 1 Bahagian RM 459
  • 🥩 1 Ekor RM 2100
  • Negara Terpilih

    Indonesia , Mekah

Harga Bermula

RM459

  • 🥩 1 Bahagian
  • 🥩 1 Ekor RM 459
  • Negara Terpilih

    Bangladesh, Siera Leone, Guniea Chonakri, Afghanistan, Kemboja

Qurbanaid Laksanakan Qurban di Negara-Negara Terpilih

Bangladesh

Di Bangladesh, ramai keluarga miskin hanya mampu makan daging sekali setahun, iaitu ketika Aidiladha. Pelaksanaan Qurban di sini memberikan peluang mereka merasai nikmat makanan yang berkhasiat serta menyambut hari raya dengan lebih bermakna.

Sierra Leone

Sierra Leone adalah antara negara yang masih dalam proses pemulihan selepas konflik panjang. Ramai umat Islam hidup dalam kemiskinan melampau. Qurban di sini bukan sekadar agihan daging, tapi juga membawa harapan dan kelegaan buat komuniti yang memerlukan.

Kemboja

Umat Islam di Kemboja merupakan golongan minoriti yang kurang mendapat perhatian. Qurban yang dilaksanakan di sana memberi semangat dan sokongan moral kepada mereka, di samping memperkuatkan ukhuwah sesama Muslim merentas sempadan negara.

Afghanistan

Afghanistan berdepan krisis kemanusiaan berpanjangan. Ramai keluarga hilang tempat tinggal, sumber pendapatan dan makanan asas. Qurban di sana menjadi cahaya dalam kegelapan – membawa kegembiraan, makanan dan rasa dihargai kepada mereka yang diuji.

4 Kebaikan Ibadah Qurban Yang Mampu Memberi Impak Besar Kepada Hidup & Akhirat Anda

Qurban Mendekatkan Diri Kepada Allah

Qurban adalah ibadah yang sangat dicintai Allah, khususnya pada hari-hari Tasyrik. Ia menjadi bukti ketaatan dan keikhlasan seorang hamba dalam mengutamakan perintah Ilahi lebih daripada kepentingan diri sendiri.

Qurban Menghidupkan Sunnah Nabi Ibrahim A.S

Melalui Qurban, kita menghayati semangat pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail. Ia menjadi simbol kecintaan kepada Allah dan keikhlasan dalam mengikuti jejak perjuangan para Nabi.

Qurban Membantu Mereka Yang Memerlukan

Daging Qurban sampai ke tangan golongan miskin dan terpinggir yang jarang merasai lauk berprotein. Ini bukan sekadar bantuan makanan, tetapi juga membawa harapan dan kegembiraan buat mereka.

Qurban Menjadi Bekalan Pahala Berterusan

Setiap titisan darah yang tumpah kerana Qurban akan menjadi saksi di akhirat. Ia bukan sahaja amalan peribadi, tetapi boleh diniatkan juga untuk ibu bapa, keluarga atau arwah sebagai amal jariah berpanjangan.

Kenali Qurbanaid Sdn Bhd

QurbanAid Sdn. Bhd., ditubuhkan pada 9 Oktober 2018, menyediakan perkhidmatan Qurban dan Aqiqah dengan kos rendah, menyalurkan ibadah ke komuniti Muslim fakir di pelbagai negara. Sejak penubuhannya, syarikat ini telah menguruskan lebih daripada 15,000 sembelihan, mengagihkan daging ke negara seperti Indonesia, Kemboja, Bangladesh, India, Afrika, Mekah, dan Afghanistan.

Pengalaman Luas dalam Pengurusan Ibadah Qurban

Sejak penubuhannya pada 9 Oktober 2018, QurbanAid telah menguruskan lebih daripada 15,000 sembelihan, menunjukkan kepakaran dan komitmen tinggi dalam memastikan setiap ibadah dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut syariat.

Agihan Daging ke Pelbagai Negara Memerlukan

QurbanAid mengedarkan daging Qurban dan Aqiqah ke 19 negara terpilih yang sangat memerlukan, termasuk Indonesia, Kemboja, Vietnam, Bangladesh, Filipina, Sudan, India, Malawi, Mali, Tanzania, Mekah, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Afghanistan, Laos, dan Burma. Ini memastikan bantuan sampai kepada komuniti Muslim fakir di serata dunia.

Platform Pembayaran Fleksibel dan Mudah

QurbanAid menawarkan pelbagai saluran pembayaran rasmi untuk kemudahan pelanggan, termasuk FPX atas talian melalui perkhidmatan Billplz dan Toyyibpay, pindahan bank ke akaun rasmi, kad debit atau kredit, pembayaran tunai di pejabat rasmi, dan e-Wallet seperti TnG e-wallet dan Boost. Ini memudahkan peserta dalam membuat pembayaran mengikut keselesaan mereka.

Pemberian Sijil Penyertaan dan Hadiah Percuma

Setiap peserta akan menerima sijil pelaksanaan yang dicetak serta pautan laporan status untuk setiap tempahan. Selain itu, QurbanAid menawarkan promosi, tawaran terhad, dan hadiah percuma seperti set Mini Telekung, Beg, dan Botol Thermos dalam satu pakej, menjadikan pengalaman berQurban lebih istimewa.

Pengiktirafan Qurbanaid Sdn Bhd

1. Pengiktirafan daripada JAKIM


QurbanAid mendapat pengiktirafan untuk melaksanakan ibadah Qurban yang mematuhi piawaian halal dan syariah yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

2. Kelulusan Jabatan Agama Islam Negeri

Setiap pelaksanaan Qurban yang dibuat, sama ada dalam atau luar negara, mendapat kebenaran dan kelulusan daripada jabatan agama negeri yang berkaitan bagi memastikan kesahihan dan ketelusan pengurusan.

3. Badan Islam Antarabangsa

QurbanAid turut menjalinkan kerjasama dengan badan Islam luar negara yang bertauliah dan dikenali, bagi memastikan proses sembelihan, pengagihan, serta dokumentasi berjalan lancar dan menepati syariat.

Lihat Galeri Qurban Peserta Pada Tahun-Tahun Lepas Bersama QurbanAid

Setiap penyertaan bersama QurbanAid bukan sekadar ibadah, tetapi satu momen bermakna yang wajar dikenang. Lihat sendiri wajah-wajah kegembiraan penerima Qurban dari seluruh dunia. Bukti amanah peserta telah kami laksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Langkah Mudah Tempah Qurban Anda Bersama QurbanAid

Tempahan Qurban bersama QurbanAid kini lebih mudah dan teratur. Ikuti 4 langkah ringkas ini untuk memastikan ibadah Qurban anda dilaksanakan dengan telus dan diyakini. Semuanya melalui laman web rasmi kami.

1. Pilih Pakej Qurban Yang Sesuai

Layari laman web rasmi QurbanAid dan semak senarai haiwan serta lokasi Qurban yang ditawarkan. Pilih mengikut keperluan dan kemampuan anda.

2. Isi Borang Tempahan Dalam Talian

Lengkapkan maklumat peserta dan nama yang ingin diniatkan dalam borang atas talian. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.

3. Lakukan Pembayaran Secara Selamat

Teruskan ke pembayaran melalui platform FPX, kad debit/kredit atau e-Wallet yang disediakan. Semua transaksi dilakukan dalam laman web untuk keselamatan anda.

4. Terima Pengesahan & Sijil Penyertaan

Selepas pembayaran berjaya, anda akan menerima emel pengesahan tempahan. Sijil penyertaan serta laporan pelaksanaan akan diberikan selepas ibadah selesai dilaksanakan.

Hadiah Istimewa Untuk Anda Yang Menyertai Qurban Bersama Kami Tahun Ini

Kami percaya setiap ibadah yang dilakukan dengan ikhlas layak dihargai. Sebagai tanda terima kasih atas penyertaan anda, QurbanAid menyediakan hadiah-hadiah istimewa untuk menceriakan lagi pengalaman berQurban anda bersama kami tahun ini.

#Hadiah Istimewa : 5+ FREEGIFT SONGKET

Tempat Slot Qurban Anda Hari Ini

QURBAN UNTA

RM 599/bahagian

QURBAN LEMBU

RM 300/bahagian

QURBAN KAMBING

RM 459/ekor

Soalan Lazim Peserta Qurban Bersama Qurbanaid

Program ibadah Qurban anjuran Qurbanaid Sdn Bhd yang memudahkan umat Islam melaksanakan Qurban dengan memastikan penyembelihan patuh syariah dan agihan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Anda boleh menyertai dengan melayari laman web rasmi dan mengikuti langkah-langkah tempahan yang disediakan.

Program ini menyediakan pilihan kambing, lembu, dan unta bagi memenuhi keperluan peserta.

Penyembelihan dan agihan dilakukan di lokasi-lokasi strategik yang telah ditetapkan, termasuk dalam dan luar negara.

Ya, setiap peserta akan menerima laporan pelaksanaan Qurban sebagai bukti dan makluman tentang sumbangan mereka.

Harga bermula dari RM299 setiap bahagian, bergantung kepada jenis haiwan yang dipilih dan lokasi penyembelihan.

Ya, Qurbanaid Sdn Bhd adalah syarikat berdaftar dan semua pelaksanaan dilakukan mengikut syariat Islam serta dikawal selia oleh pihak yang berautoriti.

© Qurbanaid International Copyright 2025. All Rights Reserved.

Program Korban 2025 dianjurkan oleh Qurbanaid International bagi memudahkan pendaftaran dan penyertaan ibadah Qurban. Semua maklumat yang dipaparkan dalam iklan dan promosi kami adalah tepat pada waktu penerbitan. Walau bagaimanapun, kami tidak menjamin bahawa maklumat ini bebas daripada perubahan atau kesilapan, termasuk tetapi tidak terhad kepada harga pakej, lokasi penyembelihan, pengagihan daging, serta sebarang tawaran promosi. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada pelanggan dengan kadar segera.

Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang salah faham atau tafsiran yang timbul daripada maklumat yang disampaikan melalui laman web, media sosial, atau bahan promosi kami. Maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan penerangan umum dan tidak boleh dianggap sebagai jaminan atau kontrak muktamad. Untuk maklumat lanjut atau pengesahan rasmi, sila hubungi pihak kami secara terus.

Kami juga TIDAK mempunyai sebarang kaitan rasmi, pengiktirafan, atau sokongan daripada mana-mana institusi kewangan, syarikat penerbangan, atau organisasi lain yang disebut dalam mana-mana komunikasi kami, melainkan dinyatakan secara rasmi. Semua nama, logo, tanda niaga, dan jenama lain yang disebut adalah hak milik masing-masing.