Khas Untuk Anda Yang Ingin Ke Tanah Suci Setiap Tahun

Sertai Mahabbah Mutawwif MASTERCLASS (3M) dan bina kerjaya sebagai Mutawwif Profesional!

LAST CALL!!! Pendaftaran akan ditutup Sepenuhnya

Hari
Jam
Minit
Saat

Pernahkah anda bercita-cita untuk ke Tanah Suci Mekah & Madinah berulang kali setiap tahun?

Atau terfikir untuk menjadi
Pembimbing Jemaah Haji & Umrah, tetapi tiada latar belakang pendidikan agama yang tinggi?

464093565_1066647841570942_3213033802548731655_n
474872161_1133519628217096_2766571239141111034_n
475150557_1133513171551075_2805266477217716471_n
474919121_1133501918218867_9162892546876896858_n
464093539_1066647904904269_1827004976451840494_n
474653066_1130583441844048_7171254587694380319_n

Kini, peluang untuk merealisasikan impian ini sudah tiba!

Kami perkenalkan Mahabbah Mutawwif MASTERCLASS (3M) – Program lengkap yang melatih anda menjadi Mutawwif & Group Leader Jemaah Umrah dengan bimbingan pakar!

Ramai yang mahu menjadi Mutawwif tetapi menghadapi cabaran seperti:

Tanpa ilmu & latihan yang betul, anda mungkin akan rasa hilang arah dan terlepas peluang keemasan ini. Jadi, bagaimana anda boleh capai impian ini dengan mudah?

MEMPERKENALKAN

PROGRAM MAHABBAH
MUTAWWIF MASTERCLASS (3M)

Mahabbah Mutawwif MASTERCLASS (3M) adalah program latihan profesional yang disusun khas untuk melahirkan Mutawwif Bertauliah yang mampu membimbing jemaah Haji & Umrah dengan ilmu, adab, dan profesionalisme tinggi.

Visi Kami

Membentuk Mutawwif Profesional yang berilmu, berakhlak mulia, dan pakar dalam industri Haji & Umrah di Malaysia & Brunei.

Misi Kami

Menyediakan modul latihan lengkap dari asas hingga kepakaran.  Melatih Mutawwif dalam teori & amali secara praktikal. Menjadikan anda Mutawwif pilihan utama untuk membimbing jemaah

Anda tidak perlu latar belakang agama yang tinggi, asalkan anda ada minat dan kesungguhan untuk belajar!

APa yang anda bakal belajar dalam PROGRAM MAHABBAH MUTAWWIF MASTERCLASS (3M) nanti?

Kami perkenalkan Mahabbah Mutawwif MASTERCLASS (3M) – program lengkap yang melatih anda menjadi Mutawwif & Group Leader Jemaah Umrah dengan bimbingan pakar!

PROGRAM MAHABBAH MUTAWWIF MASTERCLASS (3M) (1)

1. Mahabbah Mutawwif Basic (MMB) – [Asas & Pengenalan]

📚 Tempoh: 1 Hari
🔹Asas menjadi Mutawwif & tanggungjawabnya
🔹Persediaan mental & spiritual sebelum menjadi pembimbing
🔹Modul pengenalan dan asas yang wajib disertai sebelum mengikuti program latihan yang berikutnya.

2. Mahabbah Mutawwif Advance (MMA) – [Fiqh & Sejarah]

📚 Tempoh: 2 Hari 1 Malam (bermalam di lokasi) 🔹 Ilmu sejarah & sirah Tanah Suci 🔹 Fiqh Haji & Umrah – Rukun, Wajib & Sunat 🔹Modul Pengukuhan sejarah Sirah Dua Tanah Suci terutama berkaitan tempat-tempat ziarah yang biasa dikunjungi oleh jemaah Haji dan Umrah.

Modul Fiqh Manaasik Haji dan Umrah juga akan diajarkan dalam MMA. Menyentuh persoalan Rukun, Wajib, Sunat dan persediaan sebelum semasa dan selepas ibadah haji dan umrah. Mutawwif dan Pembimbing serta Perunding perlu menguasai ilmu ini.

3. Mahabbah Mutawwif Expert (MMX) – [Latihan Profesional]

📚 Tempoh: 3 Hari 2 Malam (bermalam di lokasi)
🔹 Pengurusan jemaah & logistik Umrah
🔹 Penilaian & ujian potensi sebagai Mutawwif
🔹 Modul Pengukuhan dan Pemantapan ilmu, teori dan sahsiah seorang Mutawwif Profesional. Pelatih akan diberi ujian dan tugasan bagi menilai kualiti, kefahaman dan potensi setiap individu. Di sini kita akan dapat melihat calon-calon Mutawwif yang berpotensi untuk dipilih menggalas tugas sebagai Khadim Tetamu Haramain.

4. Mahabbah Mutawwif Praktikal (MMP) – [Latihan di Mekah & Madinah]

📚 Tempoh: 12 Hari 10 Malam
🔹 Latihan terus di Mekah & Madinah bersama jemaah sebenar
🔹 Pendedahan realiti mengurus rombongan Umrah
🔹 Modul Pelengkap kepada Program 3M. Segala ilmu, teori dan bakat yang diasah di dalam ketiga-tiga modul akan disempurnakan di MMP.

Peserta akan dibawa dalam 1 kumpulan untuk Menunaikan Ibadah Umrah di Mekah dan Madinah disamping didedahkan secara langsung dengan teknikal, taktikal dan praktikal dalam pengurusan, pengendalian dan perjalanan sebenar rombongan jemaah Umrah.

Graduasi & Konvokesyen

Setelah tamat latihan, anda akan diraikan dalam Konvokesyen 3M dan berpeluang menerima Sijil Masterclass Mutawwif, serta berpotensi menjadi Mutawwif pilihan The Mahabbah!

475150557_1133513171551075_2805266477217716471_n
475305175_1133513158217743_8131312836451979277_n

SIAPA YANG LAYAK SERTAI PROGRAM MAHABBAH MUTAWWIF MASTERCLASS (3M)?

Pendaftaran awal dibuka – TERHAD kepada 50 orang sahaja!

KENAPA ANDA PATUT SERTAI MAHABBAH MUTAWWIF MASTERCLASS (3M)?

Latihan Lengkap

Anda akan mempelajari ilmu teori dan praktikal secara menyeluruh, termasuk sejarah Islam, fiqh Haji & Umrah, serta kaedah terbaik dalam membimbing jemaah. Program ini dirangka untuk melengkapkan anda dengan ilmu asas hingga ke tahap profesional.

Bimbingan Profesional

Program ini dikendalikan oleh Mutawwif berpengalaman yang telah membimbing ribuan jemaah ke Tanah Suci. Anda akan mendapat tunjuk ajar secara langsung daripada mereka, termasuk strategi komunikasi, kepimpinan, serta pengurusan jemaah secara efektif.

Peluang Kerjaya

Setelah tamat latihan, anda berpeluang menjadi Mutawwif sepenuh masa, separuh masa, atau freelance di bawah The Mahabbah. Anda juga akan dibantu dalam membina kerjaya dalam industri Umrah & Haji dengan bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman.

Pengalaman di Tanah Suci

Modul latihan praktikal di Mekah & Madinah akan memberikan anda pengalaman sebenar dalam menguruskan jemaah, memahami suasana di sana, serta mengasah kemahiran sebagai pembimbing ibadah. Latihan ini akan mempersiapkan anda untuk menjadi Mutawwif yang lebih cekap dan yakin.

Ganjaran Akhirat

Sebagai Mutawwif, anda bukan sahaja memperoleh rezeki, tetapi juga peluang mengumpul pahala dan keberkatan dari doa jemaah yang anda bimbing. Setiap langkah anda dalam membimbing jemaah adalah satu ibadah yang bernilai tinggi di sisi Allah SWT.

Ambil peluang ini untuk menjadi Mutawwif yang dihormati, dihargai dan diberkati!

OUR SUCCESS STORY

Tonton kisah inspirasi serta kejayaan antara para mutawwif yang sudah berjaya kami bimbing dan bantu dalam bina kerjaya menjadi Mutawwif Tetamu Allah.

Jadilah sebahagian daripada mereka yang telah berjaya! Sertai Mahabbah Mutawwif Masterclass (3M) hari ini

Hafiz, 38, Selangor ✨

Alhamdulillah, program ini benar-benar mengubah hidup saya! Sebelum ini, saya hanya berangan-angan untuk menunaikan Umrah setiap tahun, tetapi selepas menyertai Mahabbah Mutawwif Masterclass (3M), saya kini seorang Mutawwif bertauliah dan telah mengiringi jemaah ke Tanah Suci berkali-kali. Ilmu yang diajarkan sangat lengkap, dari Fiqh Haji & Umrah hingga pengurusan jemaah. Terima kasih The Mahabbah kerana membuka peluang ini!” 

Rashid, 42, Kuala Lumpur 🕋

Saya seorang usahawan, tetapi selalu ada impian untuk mendalami ilmu agama dan membimbing jemaah. Program 3M memberi saya keyakinan untuk menjadi Mutawwif walaupun saya tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama secara formal. Latihan yang diberikan sangat praktikal, modul tersusun, dan tenaga pengajar sangat berpengalaman. Kini, saya berpeluang mengiringi jemaah setiap tahun dan ia menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna!” 

Siti, 35, Johor Bahru ❤️

Dulu saya ragu-ragu, bolehkah saya menjadi Mutawwif? Tetapi selepas mengikuti program ini, saya bukan sahaja lebih yakin, tetapi juga lebih bersedia untuk membimbing jemaah dengan ilmu yang tepat. Latihan praktikal di Tanah Suci memberi pengalaman yang sangat berharga. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang sabar dan memberi bimbingan sepenuh hati!” 

Farhan, 40, Pulau Pinang 📖

“Saya sudah lama ingin mendalami sejarah Islam dengan lebih mendalam, dan program ini membuka ruang untuk saya. Bukan sahaja saya belajar mengenai Fiqh Haji & Umrah, tetapi juga pengurusan logistik dan kepimpinan dalam membimbing jemaah. Kini, saya lebih yakin menggalas tanggungjawab sebagai Mutawwif dan setiap perjalanan ke Tanah Suci memberikan kepuasan rohani yang luar biasa.”

Jadilah sebahagian daripada mereka yang telah berjaya! Sertai Mahabbah Mutawwif Masterclass (3M) hari ini

Galeri Peserta PROGRAM MAHABBAH MUTAWWIF MASTERCLASS (3M) Lepas

LEBIH 10,000+ jemaah umrah TELAH DIBIMBING OLEH para mutawwif SEJAK 2015. Kini giliran anda menjadi mutawwif pilihan themahabbah!

Kami menerima bayaran seperti dibawah:

Perlukan Bantuan & SOALAN?

Jika perlukan bantuan atau sebarang soalan. Boleh terus berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan kami.

012 297 2644 (Cik Ana)